Click

Wednesday, 4 May 2011

RAGAM ANAK: Macam-macam Adam

Hari ni rutin aku berubah dr biasa. Selalunya suami atau anak sedara "Lynn" yg akan hantar Aiman ke rumah pengasuh tp pg ni aku berkobar2 nak hantar. Niat di hati... nak bg pengajaran kt hero sulung aku... ADAM. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum ke TASKA ada je yg Adam buat sampai aku naik marah. Tu tak kena... ni x kena, jd pg ni aku dah atur sesuatu.... apa agaknya ye. hihihi... kenala baca sampai habis.

Pukul 7 pg aku dh siap... aku terus dukung Aiman... Adam yg mulanya x nak pakai baju.. terus nangis2 n jerit2.. "nak ikut ibu"... bila disuruh pakai baju yg aku ambik... x nak... dia nak pakai baju yg dipakainya malam td... dh la buju tu basah... x nak la aku pakaikan... aku pun apa lagi... pura2 la tinggalkan dia dgn harapan dia akan pakai baju sendiri atau pegi kat atuk dia... atau bila aku balik hantar Aiman dia nak pakai baju cepat2... Aku terus atur langkah menuruni tangga untuk menuju ke blok 8.

Sampai kat bawah aku dengar sayup2 suara Adam nangis lagi. Dalam hati berkata "tak pe la.. nanti aku pujuk dan bagitau kalau nak ikut ibu... kena pakai baju bersih... pakai baju cepat2..." aku harap sangat ini akan menjadi pengajaran untuk dia supaya pagi2 tak ngada2 kalau tak nak kena tinggal.

Sampai kat parking kereta, tetiba jiran aku kata... anak tu... sian dia... pas tu aku dengar suara Adam nangis... mak ai... malunya aku... Adam turun ikut aku. Macam mana la dia boleh terlepas... Bogel plak tu.... berkaki ayam sambil bawak baju yg dipakainya malam td dengan sepender basah. Huhuh... malu aku. Pastu sambil nangis dia jerit... "nak kencing" "nak kencing". Apa lagi.. dia terus pancut kat tempat parking tu. Ramai orang tengok. Malunya. Niat di hati nak bagi pengajaran tapi sebaliknya yang berlaku.

Pastu.. datang plak nyoya yg satu blok ngan aku. Dia cakap "kasi dia pakai baju, nanti selesema". Ye la... memang nak pakaikan pun... tp tak nak la pakaikan baju basah (cakap dlm hati je la). Masa tu aku pandang ke rumah aku... aku nampak mak aku perhatikan kitorang ikut tingkap nako dari tingkat 3. Aku berkira2... nak hantar Aiman atau nak bawak Adam balik rumah. Haru2... Tak kan nak bawak Adam bogel2 hantar Aiman...

Akhirnya aku ambik keputusan, suruh Adam tunggu aku kejap dalam kereta. Alhamdulilah dia nak. Aku cakap... tunggu ibu dalam kereta ye. Jangan buka kunci. Duduk diam2. Aku tak hidupkan enjin kereta pun. Risau... anak lelaki... takut kalau enjin hidup lain pula jadinya. Sampai rumah pangasuh (dekat je pun, aku blok 7, dia blok 8, rumah kitorang bertentang) dia dah stanby buka pintu rumah. Pas tu tanya "kenapa ngan Adam". Huhuh... malu aku... maksudnya ramai la org lain dengar suara Adam + tengok dia bogel. Nak buat cam ner. Tu la dia namanya budak.... 22 Mei ni genapla Adam 3 tahun.

Lps hantar Aiman, terus aku bawak naik Adam. Elok je dia. Tak nangis pun. Aku pakaikan baju, nak pulak. Tak banya karenah. Aku harap sangat dia akan memahami dan berfikir... "Lain kali tak nak buat cam ni lagi... nanti ibu tinggalkan Adam".  

Mak aku cakap... masa dia terlepas keluar tu mak aku kejar... tapi orang tua... mana la larat. Sampai tingkat dua dah mengah. Dia lagi laju... Mak aku pun naik la balik. Tak pe la. Pengajaran untuk aku jugak... Lain kali kunci pintu pagar elok2 walaupun mak n husband ada kat rumah sbb masa tu hubby aku tgh mandi. Setakat tutup pintu, dia dah pandai bukak.





2 comments:

  1. Kesian lak kat Adam. Aku pun rasa nak nangis.... nak ikut...tunggu la. Sarimah Hamid

    ReplyDelete
  2. sabor jer la adam ni..huhu...nadhira pun mcm2 peel iza..bulan ni jer ok sket..tu pun tiap2 pg upah kuih RM1..bengkok mak mcm ni..

    smlm adam ada sekali masa mak farhanah nak bersalin..huhu

    ReplyDelete