Click

Friday 7 November 2014

BSN prudential....Pilihan ku sekeluarga... Anda bila lagi...

Tahun 2014 agak bermakna buat aku... Tahun ni aku mula berjinak-jinak dengan dunia Insuran... Sudah tentu pilihan aku BSN Prudential.... "Takaful"...  Ya... Itu yang paling penting... Patuh syariah... Sebelum ni... macam2 Insuran aku ambil... Tapi hati merasai ada kekurangan... dan tiada ketenangan... Sehinggalah pada tahun 2013 seorang sahabat telah mencadangkan dan memperkenalkan kepadaku satu plan yang komprehensif.... Inilah yang dinamakan sahabat... Berkongsi sesuatu yang baik kepada rakannya... 

Pada aku... Plan yg dicadangkan ni menarik. Aku tak lepas peluang... Sementara masih sihat... Aku signup... Bila lagikan... Kalau dah ada penyakit, mana2 syarikat Insuran pun tak nak terima... Jadi.. Inilah masanya... Terima kasih pada sahabat yang memperkenalkan aku pada BSN prudential...

Connection Aku dengan BSN Prudential tak berakhir setakat itu... Kerana keyakinan ku dengan mu BSN Prudential... Maka aku tanamkan azam untuk menyedarkan kawan2 betapa pentingnya insuran "takaful"... dalam kehidupan.... Sekiranya ada budget lebih... agihkan la sedekit lebihan untuk memilikinya... Tak rugi... 3 dalam 1... Bukan setakat protection, malah medical card dan investment pun ada... Ya... Keyakinan ku semakin kuat... Akhirnya aku dengan sepenuh hati turut serta menjadi agen BSN Prudential... dan Alhamdullilah... anak2 juga  akhirnya memiliki polisi di bawah BSN prudential...

Bagi aku polisi ni penting sbb makin lama kos rawatan makin meningkat... Ya.. Memang betul semua orang nak kan kesihatan yang baik.. tapi kita tak tahu apa yang tersurat dan tersirat di kemudian hari.. Manusia hanya merancang... Tapi tuhan yang menentukan... manalatau satu hari kita memerlukan budget yang besar untuk membiayai kos rawatan... Masatula takaful ni benar2 membantu... Mana nak cekau duit time tu... Apalagi... Plan takaful ni la..... Tak payah pening2... Saya dah... Anda bila lagi... Segeralah untuk memiliki polisi... Hubungi saya jika ingin memilikinya... 


Wednesday 14 September 2011

Ter"follow" diri sendiri... tolong!!!

Assalamualaikum... salam sehatera...

Dah lama aku tak up date blog aku... sampaikan id n password pun tak hingat... aduh!!! penat cuba-cuba... akhirnya berjaya gak buka balik blog ni... tp dh terkial2 nk mulakan balik... banyak pembaharuan... yang tak tahannya... aku nk jd follower kawan aku... tah camner terjadi follower diri sendiri... malunya...

Kawan2... tolong aku. Camner ye... nk kuarkn diri aku dr jadi follower sendiri... Bantulah aku... hamba yang jahil ini... kihkihkih... kihkihk....

Wednesday 4 May 2011

RAGAM ANAK: Macam-macam Adam

Hari ni rutin aku berubah dr biasa. Selalunya suami atau anak sedara "Lynn" yg akan hantar Aiman ke rumah pengasuh tp pg ni aku berkobar2 nak hantar. Niat di hati... nak bg pengajaran kt hero sulung aku... ADAM. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum ke TASKA ada je yg Adam buat sampai aku naik marah. Tu tak kena... ni x kena, jd pg ni aku dah atur sesuatu.... apa agaknya ye. hihihi... kenala baca sampai habis.

Pukul 7 pg aku dh siap... aku terus dukung Aiman... Adam yg mulanya x nak pakai baju.. terus nangis2 n jerit2.. "nak ikut ibu"... bila disuruh pakai baju yg aku ambik... x nak... dia nak pakai baju yg dipakainya malam td... dh la buju tu basah... x nak la aku pakaikan... aku pun apa lagi... pura2 la tinggalkan dia dgn harapan dia akan pakai baju sendiri atau pegi kat atuk dia... atau bila aku balik hantar Aiman dia nak pakai baju cepat2... Aku terus atur langkah menuruni tangga untuk menuju ke blok 8.

Sampai kat bawah aku dengar sayup2 suara Adam nangis lagi. Dalam hati berkata "tak pe la.. nanti aku pujuk dan bagitau kalau nak ikut ibu... kena pakai baju bersih... pakai baju cepat2..." aku harap sangat ini akan menjadi pengajaran untuk dia supaya pagi2 tak ngada2 kalau tak nak kena tinggal.

Sampai kat parking kereta, tetiba jiran aku kata... anak tu... sian dia... pas tu aku dengar suara Adam nangis... mak ai... malunya aku... Adam turun ikut aku. Macam mana la dia boleh terlepas... Bogel plak tu.... berkaki ayam sambil bawak baju yg dipakainya malam td dengan sepender basah. Huhuh... malu aku. Pastu sambil nangis dia jerit... "nak kencing" "nak kencing". Apa lagi.. dia terus pancut kat tempat parking tu. Ramai orang tengok. Malunya. Niat di hati nak bagi pengajaran tapi sebaliknya yang berlaku.

Pastu.. datang plak nyoya yg satu blok ngan aku. Dia cakap "kasi dia pakai baju, nanti selesema". Ye la... memang nak pakaikan pun... tp tak nak la pakaikan baju basah (cakap dlm hati je la). Masa tu aku pandang ke rumah aku... aku nampak mak aku perhatikan kitorang ikut tingkap nako dari tingkat 3. Aku berkira2... nak hantar Aiman atau nak bawak Adam balik rumah. Haru2... Tak kan nak bawak Adam bogel2 hantar Aiman...

Akhirnya aku ambik keputusan, suruh Adam tunggu aku kejap dalam kereta. Alhamdulilah dia nak. Aku cakap... tunggu ibu dalam kereta ye. Jangan buka kunci. Duduk diam2. Aku tak hidupkan enjin kereta pun. Risau... anak lelaki... takut kalau enjin hidup lain pula jadinya. Sampai rumah pangasuh (dekat je pun, aku blok 7, dia blok 8, rumah kitorang bertentang) dia dah stanby buka pintu rumah. Pas tu tanya "kenapa ngan Adam". Huhuh... malu aku... maksudnya ramai la org lain dengar suara Adam + tengok dia bogel. Nak buat cam ner. Tu la dia namanya budak.... 22 Mei ni genapla Adam 3 tahun.

Lps hantar Aiman, terus aku bawak naik Adam. Elok je dia. Tak nangis pun. Aku pakaikan baju, nak pulak. Tak banya karenah. Aku harap sangat dia akan memahami dan berfikir... "Lain kali tak nak buat cam ni lagi... nanti ibu tinggalkan Adam".  

Mak aku cakap... masa dia terlepas keluar tu mak aku kejar... tapi orang tua... mana la larat. Sampai tingkat dua dah mengah. Dia lagi laju... Mak aku pun naik la balik. Tak pe la. Pengajaran untuk aku jugak... Lain kali kunci pintu pagar elok2 walaupun mak n husband ada kat rumah sbb masa tu hubby aku tgh mandi. Setakat tutup pintu, dia dah pandai bukak.





Friday 22 April 2011

Aiman....!! Jangan gigit Ayah

Hari ni dah genap seminggu aku ada blog... Aku nak kongsi cerita pasal mula2 aku nk explore buat blog. Biasala... benda baru utk aku... jadi excited tak ingat.. Bukan main lagi aku berjaga tengah malam...Nak "cuba-cuba.." tak nak kena kacau ngan anak... (rasanya tu perkara biasa tuk para ibu...) Itu je la cara aku nak up date blog aku.

Tengah syok2 aku mengadap blog sendiri... (hihih...blog sendiri la) tetiba aku dengar suara anak aku aiman... "babba.. babba..." ..ala... aiman bangun (aku cakap dalam hatila)... aku harap sangat dia tidur balik...DAN... harapan aku termakbul... tp utk beberapa minit je...
Tetiba... Adui... Sakit! Sakit! Aku dengar suara hubby aku... Pastu hubby aku cakap.. "AIMAN! Jangan gigit Ayah...  Ni bukan nenen..." Sian hubby aku... Isteri syok sangat nak "cuba-cuba" buat blog... dah digigit anak.
Hihi.. Terus aku tutup komputer... Dah namanya ibu. Terpaksa akur dengan permintaannya.. Walau excited tahap gaban, semangat berkobar-kobar, harapan setinggi gunung... Anak tetap diutamakan!! Apa lagi.. aku sumbat je la mulut dia dan AKHIRnya... ZZzzz... dua-dua terlena... diulit mimpi...
AIMAN.. jangan gigit ayah lagi ye...

Saturday 16 April 2011

Jom... Cuba-cuba

Dah lama aku "teringin" nak buat blog sendiri... tapi tak pernah nak cuba... banyak sangat kekangannya... dulu2 x de pc... bila dah ada... tak de line internet pulak... bila dua2 dah ada... masih lagi tak buat... hihih... kali ni apa plak alasanya... anak? Tak... sebenarnya takut nak cuba... itulah aku...

Sejak kebelakangan ni... kawan2 kat office dah mula buat bolg sendiri. Hati aku mula meronta-ronta... berkobar-kobar... tak tau nak cakap. Akhirnya aku ambik keputusan... Cuba-cuba... Tak kira... Nak jugak.
Inilah hasilnya... Catatan pertama di blog sendiri...

Banyak lagi nak tulis... tapi anak dah bangun tidur...
Jumpa lagi di catatan seterunya.
bai-bai...